Followers

Saturday

Random Talk.

Did you ever feeling when you're in love with someone but you can't approach? Yes. I knew it really hurt but in the end of the day, everything gonna be alright no matter what. Assalamualaikum and hola to all my readers. Thank you for keep viewing and reading my blog. yeahhh last update 13/10/2013 and now 11/1/2013. 3 bulan boh dah tak update hahahha memang aku rasa aku akan update blog neyh tiga bulan sekali koot hmm .

Yeah. Tajuk untuk entri neyh RANDOM TALK. Sebenarnya aku tahu nak tulis apa.Tetiba bangun pagi tadi terasa nak update blog and HERE I AM.


Aku rasa tak lambat sangat koot untuk aku untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014. Yeahh tak sangka secara tak rasminya aku dah berumur 19 tahun. 1 tahun lagi untuk masuk ke universiti biiznillah dan 2tahun lagi dah boleh mengundi yeayyy! Apa yang aku dapat daripada tahun 2013 adalah KUATKAN HATI DAN TABAHKAN JIWA RAGA UNTUK MENGHADAPI SEGALA YANG SEDANG MENUNGGU KITA DI HADAPAN. 2013 bukan tahun yang mudah untuk dilupakan. Tahun yang penuh dengan kegembiraan kekecewaan dan kesedihan. Apa yang buatkan aku gembira adalah dapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Apa yang buatkan aku kecewa adalah tak dapat masuk U yang aku nak. Apa yang membuatkan aku sedih adalah tiada lagi SAHABAT Sg.Bert yang 24/7 yang sentiasa menemani aku. 


Tapi aku selalu yakin dengan apa yang telah ditakdirkan untuk aku. yeahh aku sudah lihat hikmah dan ibrah aku tak menyambung pengajian di unisza. Aku sentiasa dekat dengan family aku and paling penting aku dapat kenal sekumpulan manusia yang awesome. Siapa lagi kalau bukan kawan kawan stpm dengan rakan rakan sejawatan dalam majlis tertinggi pengawas.  diorang memang sangat lah best bersemangat kecoh riuh semua lahh alhamdulillah aku ketemu manusia manusia ini yang sentiasa menerima aku seadanya dan yang sentiasa mengingatkan aku bahawa jalan yang aku pilih tak pernah salah dan buatkan aku tak pernah sesekali pon menyesal atas pilihan aku.

Barisan Majlis Tertinggi Pengawas 2013/2014

Exco Informasi dan Aktiviti

6 Atas Arab


dan tahun 2014 pon dah hampir2 minggu bermula. ok kalau masuk tahun baru kalau bukak muka surat baru kalau umur pon baru mesti orang akan tanya azam misi dan visi aku untuk tahun 2014 kann? aku ada jawapan yang ringkas dan padat. I JUST WANT TO BE A BETTER PERSON IN ALL ASPECT. that's all. Aku nak jadi seorang muslim yang sentiasa berusaha menjadi mukmin, nak jadi anak yang soleh dan tak melawan cakap mak aku lagi, adik yang sentiasa menyayangi kakak-kakaknya , nak jadi seorang pelajar yang disayangi oleh guru dan cemerlang dalam peperiksaan, nak jadi seorang pengawas yang menjalankan amanah dan sentiasa menjadi contoh yang baik kepada semua orang , nak jadi senior yang baik kepada adik adik dan sentiasa disayani dan dihormati oleh mereka *rasarasanyaazamyangneyhtaktercapaikoottahunneyh* dan tentulah aku nak jadi seorang manusia yang berguna kepada orang lain dan sentiasa menjadi inspirasi kepada orang lain tanpa mengubah makna sebenarnya Muhamad Khaider Bin Bustami. Akhir sekali aku nak sentiasa bahagia dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan orang yang aku sayang.



Kadang kadang bila difikirkan balik manusia itu sendiri mempunyai makna yang berbeza apabila ia datang kepada tajuk BAHAGIA. Ada yang kata diri akan bahagia kalau ada bf/gf. Ada yang kata diri akan bahagia kalau ada duit yang banyak dan hidup dalam kemewahan. ok bahagia dari sudut pandangan Muhamad Khaider Bin Bustami ialah APABILA KITA MELIHAT ORANG YANG KITA SAYANG GEMBIRA DAN KITA ADALAH PENYEBAB KEPADA KEGEMBIRAAN tue. pengertian bahagia paling karut dan mengarut yang aku pernah dengar ialah KITA GEMBIRA MELIHAT ORANG YANG KITA SAYANG BAHAGIA BERSAMA ORANG LAIN hahhaha just skeptikal betul. 


cukup sudah aku meluahkan segala rasa aku kat sini. puas hati hehehe . in sha allah kita akan berjumpa lagi dalam entri yang akan datang. Jikalau Allah mentakdirkan aku sudah tiada esok hari titipkanlah Al Fatihah untuk kesejahteraan ku. Jikalau Allah mentakdirkan usiaku panjang doakanlah kejayaan kebahagiaan dan kesejahteraanku dunia akhirat. Byebye.


notakaki: Obstacles are put in your way to help you determine if what you want is really worth fighting for.

' Jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati, itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment