Followers

Sunday

Ukeyem

Yeayyyy. Dah masuk tahun 2016 uolssss. Tak sangka umur aku dah 21 tahun . *perangai masih lagi macam budak-budak* so lasssssssssssst entry pada 19 Ogos 2015 and hari neyh17 Januari 2016 . So jom mulakan entri neyh!!!

First of all , berbekalkan keputusan stpm aku yang suam-suam kuku tue , alhamdulillah aku dapat menjejakkan kaki ke universiti awam and aku dapat masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah. Dari aku form 4 aku nak sangat masuk mana-mana universiti awam dan sentiasa ada dalam wishlist aku. So bila aku dapat masuk universiti awam i living my dream gittewww. Bila pergi ke tempat baru , so kita akan hidup dengan dunia yang sangat baru, orang baru , persekitaran baru , semua benda baru lah. Maka bila masuk ke tempat baru neyh biasanya aku akan tetapkan niat untuk cari pengalaman and cari kawan baru. 

 Terlalu banyak benda yang berlaku kat aku walaupun baru beberapa bulan aku kat UKM tue . Antara perkara yang sentiasa ada dalam kotak memori aku adalah Minggu Mesra Mahasiswa. Not a bad thing tapi minggu tue minggu paling memenatkan dalam hidup aku. Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat penat sampai aku rasa sepanjang beberapa hari tue aku minum mineral water lebih banyak daripada aku minum sepanjang hidup aku hahahahahahha. And antara momen yang paling indah tak indah sepanjang MMM tue adalah Perang Dectar. Entahlah kenapa aku tak boleh move on dengan benda alah neyh . Maybe sebab kolej aku kolej yang paling bersemangat buat cheers bagai so benda tue paling melekat dalam otak aku sebab setiap hari berlatih bagai and end up balik perang dectar kena marah. Sadis. Hahahaha . 




Antara pengalaman yang paling tak boleh dilupakan jugak bagi aku adalah Debat Piala Timbalan Naib Canselor. Debat TNC neyh debat yang diadakan untuk pelajar tahun satu dan lawan inter-college lahh . Pada mulanya aku taknak masuk pon benda alah neyh tetiba ada kawan ajak masuk then aku masuk lahhhh dengan harapan jadi simpanan jer . Selepas semua konflik blablabla akhirnya aku jadi jugak pendebat untuk kolej aku. Hmmm tipulah tak neves sebab bukan selalu pon masuk debat-debat bagai neyh. Alhamdulillah team aku dapat pergi suku akhir. Keputusan yang agak membanggakan and aku gembira sebab dapat pengalaman and kawan-kawan baru. 







And maybe pencapaian aku yang paling membanggakan dalam beberapa bulan dekat UKM neyh adalah semasa pertandingan Teater untuk ICAF 2015. Icaf neyh macam pertandingan kebudayaan antara kolej and aku masuk teater. Aku masuk teater neyh memang sebab minat so aku go on jer lahhhh . Banyak gila masalah masa teater neyh . Tukar skrip lahh apa lahhh and ada satu masa dalam teater neyh jugak aku rasa sangat down. Tapi berbekalkan kawan-kawan and senior dalam teater kolej aku , aku teruskan jer. Last sekali , kitorang buat pementasan "Buruk Cantik Si Ayam Itik"dan alhamdulillah secara keseluruhannya kitorang dapat no 2 and bagi aku , dapat menang Emas untuk Penataan Cahaya Terbaik. Tipulah kalau aku kata aku tak terkejut sebab aku rasa macam aku jaga lighting tue biasa2 jer and mungkin sebab aku tak pernah tengok pementasan teater kolej lain so aku tak tahu mana keupayaan aku untuk menang. Aku bersyukur sangat sebab dapat menang masa tue and it's really  a good time for me.







And perkara yang paling amazing and gorgeous yang paling best aku jumpa dekat UKM adalah kawan-kawan baru. Hahahahahaha. Kawan-kawan yang berbeza sangat perangai dengan aku . Kawan-kawan yang lain beno karakter dengan aku . Kawan-kawan yang sentiasa ceriakan hari aku dekat UKM. Kawan-kawan aku yang banyak bantu aku untuk adapt dengan suasana baru. Aku pon tak tahu macam mana takdir kitorang boleh bersilang and end up kitorang jadi kawan baik. Yeah maybe it's the best thing happens in 2015. Jumpa kawan baru. Maybe selama neyh semua kawan aku dengan orang selangor jer tetiba dapat kawan dengan orang yang lebih tua and berkawan dengan orang negeri lain buatkan aku rasa lain sikit. Dari segi apa entah aku pon tak tahu. I need more times to reveal it. And diorang adalah Kekmi , Haziq , Hadi and Tawab ++ Kak Zana, Kak Ivy and Eman++ . Diorang lahh yang mewarnai hari aku dekat UKM dan setiap orang memainkan peranan masing-masing. Kitorang dah anggap satu sama lain macam adik beradik dah. Tak sah kalau tak masukkan diorang neyh dalam #peoplewhomademyyearin2015












Nak cerita kisah aku dengan diorang neyh panjang sangat . cuma banyak kenangan dan memori yang kitorang dah cipta sama-sama sepanjang beberapa bulan dekat UKM neyh . And aku harap dapat mencipta lebiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiih banyak kenangan dan memori manis dengan diorang semua dan orang lain jugak pada masa akan datang.










Secara keseluruhannya , selama 1 sem aku kat ukm neyh semuanya berjalan dengan baik and aku harap benda neyh berterusan sampai lah aku habis study. Yes, belajar degree sangat susah dan expectation tinggi tapi sebab nak gembirakan hati mak and nak capai salah satu benda dalam wishlist aku - get a degree- . Biaq pi lah dengan negative vibe , kita just perlu positif sentiasa and enjoy our life happily. 

And untuk tahun neyh aku malas nak berazam apa-apa sebab azam aku dari 2013 sampai 2015 tak pernah tercapai yakni nak kurus hahahahhahahah. Aku harap semua pembaca entri neyh akan menjalani kehidupan yang lebih baik and akan diberikan kebahagiaan sepanjang tahun. Semoga semua azam korang untuk tahun 2016 akan tercapai dan sentiasa diberkati oleh Allah. Have a nice year guysssss!
' Jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati, itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu.