Followers

Monday

nothing.

fuhfuhfuh dah lama gila tak update blog okokok last update 11 Januari 2014 hari neyh 9 Jun 2014 dah lebih kurang 5 bulan tak update apa apa. kalau dianalogikan dengan rumah ker bilik ker kompem blog aku neyh dah jadi rumah hantu or bilik berhantu hahahaha XD 

okayyy sebenarnya tak tahu benda apa yang mengajak aku untuk menulis seribu dua kata dekat entri neyh. Kalau nak diceritakan apa yang berlaku kat aku sepanjang lima bulan aku tak update, aku rasa tak cukup satu entri. Paling kurang kena tujuh lapan entri hehehe. 

First aku nak cakap pasal judgemental. hmmm bukan mudah nak cakap pasal benda neyh sebab aku punya judgemental pon tak betul. kadang kadang suka sangat judge orang "euww teruknya perangai dia' "eeehhhh budak tue bajet alim jer padahal ................... (isi tempat kosong) " aku rasa ramai orang yang macam neyh. tak semua tapi BANYAK. aku pon dah biasa kena judge dengan orang,. Dilahirkan dengan perangai yang tak cukup sifat , outspoken , cakap tak berlapik buatkan orang suka judge aku itu ini . Tapi betullah apa pepatah Melayu kata "kalau tak kenal maka tak cinta" betul lahh . kalau orang tak kenal aku kompem orang kata aku neyh sombong bongkak angkuh takbur riak etc tapi kalau dah kenal aku korang rasa? hehehe ....... sebenarnya pada pandangan aku selaku orang yang kurang cerdik neyh tiada sesiapa mempunyai hak untuk menilai sesiapa. mungkin dia jadi macam tue due to some reason yang kita tak tahu. kita ambek contoh paling mudah seorang yang tak suka senyum perengus panas baran kita mungkin akan cakap "eehhh bencinya dengan perangai dia dahlah itu ini pulak tue" mungkin dia dilahirkan keluarga yang semuanya lelaki atau pun dah dibiasakan dengan persekitaran yang ganas sejak kecil. Sebab tue lahh Islam memperkenalkan "Taaruf" . Ya , aku mengaku agak susah untuk sentiasa berfikiran positif dan tak judging people tapi kita kena lakukan itu untuk kebaikan kita sendiri. Kita pon secara psikologinya tak suka di judge orang lain kann? so apa lagi . Mari kita memulakan pemikiran kelas pertama. First lesson , stop judging people and start to judge ourself. 


Kedua, sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah. fuhfuhfuh. macam serious jer kann? takder ahhh. aku just nak cakap pasal pilihan yang betul atau pilihan yang salah. Dalam hidup kita neyh selaku homosapisas, kita selalu dibelenggu dengan satu masalah iaitu membuat pilihan. contohnya nak kahwin dengan si A ker si B , contoh lain nak makan nasi ayam ker nasi goreng ayam .Ye. Semua pilihan neyh akan membawa kita ke jalan yang berbeza. Aku pon pernah jugak dibelenggu dengan masalah membuat pilihan neyh tapi taklah sampai kena buat solat istikharoh setiap hari alhamdulillah Allah dah tunjukkan aku jalan yang betul . Ye. Siapa sangka aku akan menjadi bahagia apabila masuk stpm. Yelah orang biasa tanya "apsal kau tak masuk U hah? kau kann ada peluang." hmmm biasanya aku akan jawab " Allah dah tunjuk jalan. aku ikut jerlahh." kadang kadang rasa hmmm tue ada jugak kann yelahhh sibuk sepanjang masa buat itu buat ini kena run hal sekolah lagi fokus study lagi (tipu) tapi aku yakin dan sentiasa percaya yang ada hikmah di sebalik segala keperitan kesusahan yang aku hadapi neyh. Alhamdulillah keputusan sem 1 ok (jangantanya) sem 2? Alhamdulillah masa jawab haritue MACAM OK tapi tak tahu lah apa keputusannya. Kepada sesiapa yang membaca entri neyh , DOAKAN KEJAYAAN MUHAMAD KHAIDER BIN BUSTAMI YANG TERBAIK DALAM STPM . Terima kasih. hehehe dan bila aku jumpa dengan kawan2 sekolah lama "amacam kau punya result" "......................" "terrer gila lahh kau" "hmmm sebenarnya aku pon tak tahu macam mana aku boleh dapat result yang menakutkan macam neyh" "MAKNANYA ALLAH NAK BAGI KAU REZEKI KAT SITU" ok baru sedar alhamdulillah. Mari kita kaji hikmah2 yang aku dapat daripada whole this thing. First , pengalaman. Untuk menghadapi exam yang ramai orang kata ANTARA YANG PALING SUSAH KAT DUNIA neyh bagi aku banyak pengalaman. Ini serious. Susah nak cakap pengalaman apa tapi sangat banyak pengalaman yang aku boleh jadikan pengajaran yang berguna dalam kehidupan.  Kedua , kekuatan. Yelah mana tak kuat nya. Ok kuat yang neyh bukan kuat fizikal . kuat mental dan emosi. kadang kadang pernah jugak rasa penat gila dan tak mampu nak fikir pon nak buat apa sebab kena dera dengan mental dengan masalah yang berlaku daripada manusia yang tak pernah faham kesukaran dan keperluan pelajar pelajar yang ambek stpm tapi kekuatan yang datang dari mana ntah push kita untuk terus buat kerja. Tue yang aku rasa dan pastinya aku tak pernah rasa sebelum neyh. Ketiga, manusia yang awesome. serious aku masuk stpm neyh jumpa pelbagai jenis manusia. Pelbagai ragam. Yes. dan yang paling terkezuttt ibu mengandungnya tinggal lebih kurang tolak tambah 6 bulan jer lagi masa yang bakal dihabiskan dengan dorang.  hmmm cepatnya masa berlalu. Rasa macam semalam jer (ayatcliche) baru first time aku jejakkan kaki kat samtish. Tapi yang paling awesome dalam kehidupan aku sebagai pelajar stpm neyh aku jumpa seorang manusia yang aku taknak mention nama dia seorang sahabat sejati. Ye. Mungkin neyh satu dalam sebillion koot. Dan aku rasa sangat terharu dapat jadi kawan dia. okokok second lesson, sesuatu yang berlaku pada kita baik atau buruk pasti akan ada hikmah yang menyusul . Take note peeps. 


Ok sebelum saya tinggalkan khalayak pembaca , ingin saya selitkan sekeping dua (tipu) gambar-gambar kenangan sepanjang lima bulan tak update blog neyh . Sorry kalau ada gambar tak senonoh atau tak sesuai untuk dilihat oleh pembaca bawah umur. 





















Jangan benci aku kalau semua gambar tue ada muka aku hahahaha . Sebelum akhiri seribu dua kata aku neyh , aku nak mintak maaf kalau buat salah silap kalau terfitnah terumpat tercarut terkutuk tercaras sampai ada hati yang terluka , aku harap korang maafkan aku. Kalau lepas neyh blog neyh dah tak pernah update tue sama ada dua benda jer pertama aku memang malas gila cadbury nak update atau kedua aku dah takder lagi kat dunia neyh. Kalau yang kedua tue, sedekahkan Al-Fatihah kepada aku . Dan jangan lupa doakan kejayaan kita bersama dunia akhirat. 

Walau apa yang terjadi , pastikan kita merasa kebahagiaan dahulu sebelum berkongsinya bersama orang lain. Kerana kebahagiaan yang sebenar-benar bahagia ialah apabila melihat diri sendiri senyum tanpa sebab.
_khaiderbustami_

' Jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati, itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu.

1 comment:

  1. always support u . InShaaAllah . May Allah bless you :) Amin . i'll wait for de next fantastic post . hehe blogwalking ~

    ReplyDelete