Followers

Friday

SPM 2012 :)

Matahari mula melimpahkan segenap cahayanya ke seisi bumi.Burung burung berkicau riang berterbangan di langit Ilahi bebas tanpa sebarang duka.Tanggal 6 Disember menjadi saksi,detik 4 petang menjadi bukti 134 orang pelajar tingkatan 5 yang mengambil kertas terakhir mereka iaitu Ekonomi Asas terlepas daripada jajahan buku teks dan kertas kertas soalan yang boleh menghadirkan pitam di kepala.Akhirnya selepas 5 tahun mereka menghabiskan masa menuntut ilmu di SAMSHSB,mereka semua berjaya juga menyelesaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar di alam persekolahan.Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Permulaan entri ini bahana 8 novel yang dibaca selama 2 minggu. hehehe.Kalau diikutkan dah 2 bulan lebih aku tak meng update blog aku neyhh.Banyak sebab lahh.First,Sijil Pelajaran Malaysia 2012 then lepas habis SPM ingaat nak update tapi line internet lembap pulak . Then,bila nak update sekarang sibuk kat tempat kerja.Haisshh! Banyak gila dugaannya kann. Okey.Entri ini bertajuk SPM 2012. Apa yang istimenya SPM 2012 kepada aku sampai perlu dijadikan entri? Okeyy. Bagi aku ,SPM 2012 banyak memberikan aku pengalaman,cerita baru and exactly satu perasaan yang tak pernah aku rasa selama neyhh. Okeyy,kalau nak diceritakan daripada 5hb November tue memang susah lahh kannn so aku malas nak cerita pasal waktu exam tuee. Aku nak cerita pasal 3 benda yang aku dapat semasa peperiksaan SPM 2012.

i) The most important thing that I get in SPM 2012 is NEVER JUDGE BOOK BY ITS COVER. okeeyy. SPM 2012 neyh menghadirkan satu kejanggalan yang membuatkan aku gembira kerana aku dapat berkawan baik dengan Ameer Hakimi dan Farhan Azman aka Montok . hehe . sebenarnya aku neyh seorang yang mempunyai perspektif bahawa kita tidak boleh berkawan dengan budak yang bermasalah tapi betul apa cakap orang tua TAK KENAL MAKA TAK CINTA :) so first lesson BERKAWAN BIAR SERIBU BERKASIH BIAR SATU :)





ii)Secondly aku dapat menjumpai seorang lagi yang bagi aku memberikan impak yang besar dalam hidup aku. Siapakah? Wallahualam . Aku sangat ambil berat pasal dia dan aku pon tak tahu kenapa.Mungkin sebab dia memberikan aku kesedaran koot. Dia tak hensem dia tak kaya tapi yang penting DIA SEORANG YANG BERHATI MULIA.Budak form 5 Aspura Form 5 tahu koot . Hehehe. So,second lesson is CARILAH SAHABAT YANG BOLEH MEMBAWA ANDA KE JALAN YANG BENAR :)

iii)Lastly aku dapat tahu jugak budak budak yang backstab aku. Hahaha. Kurang ajar gila koot! Then aku ambil keputusan aku block diorang berdua kat Facebook.Sebab? Aku tak perlukan orang yang tak reti membalas budi dan jasa baik seseorang dalam kehidupan aku.Seriously,korang ingat korang boleh bagi effect kat aku lah? Korang sedar lah sikit korang tuee BUDAK BARU.So tak payah nak BAJET HENSEM,BAJET WOW gituhhh . hehehe. So third lesson from my entri, DON'T LET BACKSTABBERS make YOUR LIFE WORST!You DESSERVED BETTER :)

Wahh.Panjangnya cerita aku . Then,malam terakhir kitorang kat sekolah and asrama kitorang ada satu perjumpaan . So ,malas nak cerita panjang lebar.Tengok gambar jelahh .
















Nampaknya entri kali neyh memang sangat panjang.Takperlahh . Bukannya selalu dapat update kann? Then perasaan aku selepas tamatnya persekolahan?Entahlahh.Aku pon tak tahu.Dalam gembira ada sedih jugak.Dalam teruja ada sendu nya jugak and then aku selalu tertanya tanya apakah yang aku boleh lakukan selain daripada menjadi seorang pelajar sekolah? And bolehkan aku membiasakan diri dalam persekitaran yang baru.Jawapannya? Biarlah masa yang menentukannnya.

Then dalam entri kali neyh aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu cikgu aku dari Form 1 sampai lahh Form 5 yang banyak bertungkus lumus,berpenat lelah menghabiskan waktu untuk mengajar aku erti kedewasaan dan membentuk diri aku menjadi seorang yang berguna . Aku tahu bukan mudah.

Lepas tuee,aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada satu batch 1995 Sam Sultan Hisamuddin Sg.bertih kerana korang semua yang telah mengajar aku erti sebuah persahabatan dan korang lahh kenangan yang sentiasa mendorong,menolak aku untuk terus maju kehadapan dan sentiasa berpegang bahawa jangan toleh ke belakang.Tiada kenangan yang lebih indah daalm hidup aku buat saat ini selain menghabiskan alam persekolahan aku bersama korang :)



Akhir sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua junior junior aku daripada aku form 2 sampai Form 5 .Seriously Form 4 Aspurari dan budak luar korang AWESOME! Form 3 2012 Aspura korang memang BEST! Form 2 Aspura Aspuri 2012 dan budak luar perempuan sekali, korang TERBAIK! last but not least,budak Form 1 aspuri korang memang THUMBS UP! And aku mintak maaf lahh pada korang semua kalau aku ada buat korang tersentap ker,terguris hati , terkoyak sanubari ker. Sorry sesesangat tau!

*sorry aku tak mention nama . terlampau ramai.nanti kalau tertinggal ,ada yang terasa pulak ;)

okey...Penutup kepada entri yang telah ditulis oleh aku selama 1 jam 10 minit ini ialah kepada adik adik,hargailah alam persekolahan! Sesungguhnya takkan ada benda yang dapat menggantikannya. Di sinilah anda semua akan mengalami proses kedewasaan , proses mengenal erti persahabatan.Sangat indah ;) 

okey , nampaknya itu sahaja yang mampu aku coretkan untuk tatapan . Kalau ada yang baik , ambil dan jadikan pengajaran dalam kehidupan. Yang buruk daripada entri ini endahkan okey :) 

*notakecik: F.R.I.E.N.D.S. Fight for you. Respect you. Include you. Encourage you. Need you. Deserve you. Stand by you.

Okeyy.See you all in my next entri.Assalamualaikum :) 










' Jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati, itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment