Followers

Friday

grown up :)


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Salam 1blogger juga. Gambar di atas telah menerangkan keseluruhan entri aku pada hari sabtu yang indah ini.Selamat Tinggal 2012.Selamat Datang 2013.Alhamdulillah.Semakin meningkat tahun masihi,semakin meningkat umur aku.Maknanya semakin banyak lahh pengalaman aku yang pastinya meninggalkan banyak makna dan erti dalam kehidupan aku. Bermulanya tahun 2012 aku telah dicabar dengan satu dugaan yang sangat besar iaitu kehilangan ayah aku yang tercinta,Bustami Bin Mohd Noor pada akhir Mac.Ya Allah,rasa di hati aku neyh Allah je yang tahu.Tapi aku tabah menghadapi semua itu.And then,terlampau banyak pengalaman pahit manis suka duka yang aku alami pada tahun 2012. Yang penting,aku tahu semua itu menjadikan aku seorang lelaki yang lebih baik,anak yang lebih soleh dan bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya dan Muslim yang beriman In Sha Allah.Kadangkala kita tidak tahu dan tidak sama sekali mengerti aturan Allah SWT kepada kita. kadangkala kita fikir Allah tidak memberi kita yang terbaik tetapi sebenar -benarnya Allah tidak memberikan apa yang kita mahu,Dia beri kita apa yang kita perlu.Sesungguhnya itulah perbezaan terbesar di antara manusia dan pencipta.Dialah yang MAHA BIJAKSANA yang mengetahui segala galanya.


Di dalam tahun 2012 juga,aku telah mengerti satu benda yang dipanggil kasih sayang.Kadangkala manusia salah mengertikan maksud kasih sayang itu sendiri.Manusia faham kasih sayang itu mesti bercinta dan sebagainya.Tetapi sebenarnya kasih sayang itu bermaksud kita kembali kepada fitrah.Berkasih sayang kerana Allah adalah yang terbaik dan dalam konteks seorang pelajar,konsep kasih sayang yang boleh digunakan ialah berkasih sayang dalam persahabatan atau nicknamenya UKHUWAH. Ukhuwah itu susah untuk disemi,sukar untuk dicari tetapi apabila sudah ditemui,pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang manusia.Bagi aku,tahun lepas aku menghayati konsep ukhuwah itu dengan sebaik baiknya.Aku sangat sayangkan persahabatan aku dengan batch 95 dan aku sangat sayangkan junior aku sampaikan hari terakhir junior junior aku di asrama,aku menangis dari pagi sampai malam.Menggangu perasaan sungguh! Dah esoknya paper Bahasa Melayu.Haisshhh.And paling tak boleh lupa bila ada "someone " wish birthday aku sampai even lambat sehari,menangis aku. Itulah indahnya sesebuah persahabatan jikalau kita memahaminya. 



Bermulanya tahun 2013 pula membuka satu lembaran  baru dalam kehidupan aku.Aku bukan lagi seorang pelajar sekolah yang masih terikat dengan peraturan,aku bukan lagi seorang pelajar asrama yang berada di bawah penjajahan Double A,tetapi apa yang tidak berubah ialah aku masih Muhammad Khaider Bin Bustami yang semua orang kenal.Aku masih lagi easygoing,happy go lucky,suka carut di Twitter jikalau ada orang yang aku tak suka,I'm still me.Takder apa yang dapat mengubah benda tuee. Tahun 2013 bermula dengan aku menjadi salah seorang staff di MBO Harbour Place Klang.



Alhamdulillah!Banyak pengalaman yang aku dapat . Kesabaran aku pon banyak teruji dengan customer customer yang aku jumpa.Aku neyh kann seorang yang penyabar.Layan jelahh~ Haha . Tapi apa yang aku tak pasti tentang pemikiran orang Melayu.Aku tak pasti samaada kerja aku sebagai seorang penjual tiket wayang yang berdosa atau aku yang berdosa bekerja sebagai tiket wayang.Kita sebagai manusia tidak berhak menentukan pahala dan dosa seseorang.bagi aku,aku cari rezeki dan pengalaman.Biarlah apa orang nak kata yang penting aku sentiasa melakukan kerja dengan berdedikasi dan amanah.Bukan macam orang lain.Ada kerja yang abgus tapi tak reti dan tak pandai melaksanakannya.Semua kesalahan nak letakkan kat bahu orang lain.Buat apa jadi manusia banyak bersuara tapi isinya tiada macam tin yang kosong lahh kann,bunyinya sangat kuat tapi isi HAPRAK! Sila terasa.

Okey,sampai sini sahaja entri aku kali neyh.Apa yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan supaya kita sama sekali tidak melangkauinya. Wallahualam ~


lastly,aku nak share lagu kegemaraan aku.Tahniah 1Direction yang berjaya membuat aku jatuh hati dengan lagu neyh~ Assalamualaikum and enjoy your day~




notakecik:The difference between school and life? In school, you're taught a lesson and then given a test. In life, you're given a test that teaches you a lesson


' Jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati, itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment