Followers

Wednesday

REDHA adalah penawar terbaik!




assalamualaikum and salam 1blogger. lamanya tak update blog.sangat rindu nak update blog.untuk pengetahuan semua, bapa saya arwah Bustami bin Mohd Noor telah meninggal pada hari Jumaat bersamaan 30hb Mac.Rasa rasanya ramai yang tahu pasal benda neyh.Haritu hujan yang sangat lebat. Kilat sabung menyabung bagai mahu membelah Bumi.aku dapat rasakan bahawa sesuatu akan berlaku pada aku sebab semua benda menjadi tak kena.Baju lambat gosok,butang baju melayu hilang dan macam macam lagi.Pagi tu,ada bacaan yassin tapi aku takder mood langsung nak baca yassin.Aku berborak dengan kawan aku.Lepas baca yasin,Ustaz Ridzuan ada bagi pen erangan tentang SUMUR.aku still buat bodoh.Tiba tiba Ustaz Ridzuan buat pengumuman"Kepada pelajar yang bernama Muhamad Khaider,sila pergi ke pejabat sekarang juga" Aku dah rasa lain macam.Sampai aku kat pejabat,Cikgu Noraini cakap bawa bersabar. Lepas tu kakak kerani cakap bapa aku meninggal dunia.Masa tu,aku tak tahu nak buat apa.Aku pusing nak pergi asrama,aku terus menangis sampai aku tak hiraukan sesiapa yang tegur aku.Sampai kat depan pejabat asrama,aku terus menangis teresak esak . Lepas tu aku kemas barang.Leas tu ada pengumuman dari pejabat suruh aku datang pejabat.Aku terus pergi .First orang yang aku nampak Faris.Aku naik pejaba and then bila nampak kakak aku, aku terus menangis.Lepas tu banyak lah benda berlaku.Aku malas nak cerita sebab terlampau panjang.Apa yang aku nak beritahu redha lah dengan apa yang Allah beri sebab itu tanda Allah ingat dekat Hambanya.Memang fitrah apabila berlaku kehilangan kita akan meratapi pemergian tapi di akhir hari,kita akan sedar bahawa yang hidup perlu meneruskan hidup.Kita tidak mampu berbuat apa apa lagi.Hanya doa sahaja yang mampu kita bekalkan kepada yang tiada.Kepada yang masih mempunyai ibu bapa,hargailah ibu bapa anda.Jangan menderhakai mereka.Jagalah mereka seperti mana mereka menjaga anda semasa anda di buaian.Aku tak dapat berjumpa dengan bapa aku waktu detik terakhir hidup arwah.Perasaan memang terkilan tapi aku terpaksa redha.Waktu tidak boleh diulang.Aku perlu menguatkan diri aku untuk menjadi kekuatan kepada keluarga aku sebab aku hanya seorang lelaki dalam keluarga aku sekarang.Bagi aku, penawar yang terbaik adalah REDHA dengan ketentuan Allah . Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya dan hadapilah dengan jiwa hamba.Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya.And lastly aku nak ucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang memberi sokongan kepada aku,memberikan dorongan,menyampaikan salam takziah dan yang sudi menziarahi aku.Di sini baru aku melihat siapa kawan dan siapa sahabat.Ramai yang aku nak sebutkan tapi yang paling memberi kesan yang mendalam kepada aku adalah Ain Afini,Suriya Natasha,Amal Afiqah,Aizat Fitri,Abdul Hakim dan kawan perempuan aku dari Telok Gong.Terima kasih banyak banyak!






Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah… Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu…



' Jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati, itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment