Followers

Saturday

Kenangan Terindah di KAMIL 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia . Okey,pada minggu neyh aku telah menyertai acara Musammarah KAMIL 2012 yang diadakan di Tanjung Karang. Wow ! Sejujurnya pada tahun terakhir neyh , aku sangat bersemangat untuk menjayakan musammarah . Kitorang ahli musammarah 2012 melalui banyak suka duka bersama sama. Ada yang ahlinya pergi acara lain,conductor pergi kem,and ada yang tarik diri atas sebab yang tidak munasabah sampai satu tahap aku HAMPIR berputus asa. Tapi aku yakin apa yang berlaku pasti ada hikmahnya . pelangi yang cantik tidak akan berlaku tanpa sedikit titis hujan. Begitulah kitorang . daripada hari pertama latihan dengan gayanya yang bersepah , mahraj huruf entah ke mana,kesepaduan suara takder tapi kitorang sedar bahawa kitorang perlu memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik . Dengan kesungguhan serta tidak pernah mengenal erti penat lelah,kitorang terus berlatih sehingga menjadikan persembahan kami tiada cacat cela . Pada hari Jumaat sewaktu rehearseal kitorang buat sehabis baik dan kitorang menggegarkan musolla SAMSHSB dengan persembahan kitorang ! Hari ini, kitorang lawan dengan sekolah sekolah lain dari Zon B dengan membawa nama sekolah yang tercinta ! Mendapat undian yang ke 3 memang harapan kami . dan pabila sampai waktunya DEWAN MAKAN SAM TANJUNG KARANG digegarkan dengan sorak tempik 19 pelajar Hisamuddin dengan harapan dapat memenangi hati ketiga tiga juri! And then , kitorang semua pergi tengok nasyid lelaki . And pukul 2 petang kitorang kena pergi SAM Jeram sebab ada penyampaian hadiah . Bila masuk bas,Che Wan PON CAKAP "Weyh,Musammarah lelaki dapat no 2.Ustazah Diana cakap" . waktu tu aku tergamam . Aku tak pasti itu mimpi atau realiti. Lepas tu aku pergi ke hadapan dan bertanya sendiri pada Ustazah sendiri dan ALHAMDULILLAH,itulah kenyataanya :)  Sewaktu penyampaian hadiah , aku sangat sebak apabila nama SAM SULTAN HISAMUDDIN SG BERTIH disebut. Tapi aku dapat menahan tangisan aku lagi . Aku pun tengok trofi yang kitorang dapat and aku rasa sangat bangga dan terharu sebab atas usaha dan penat lelah kami , kitorang berjaya mengharumkan nama sekolah . Bila masuk dalam bas je, airmata ku mengalir apabila aku memberikan sedikit nasihat dan ingatan kepada pelapis musammarah . kerana aku sedar inilah tahun terakhir aku.Tapi Allah adalah pengatur hidip yang terbaik .Aku terimanya dengan redha . Okey diatas kesempatan ini ,aku nak ucapkan tahniah kepada peserta Debat BM,Debat BA,dan Tilawah Lelaki kerana berjaya mengharumkan nama sekolah . okey, aku ada beberapa gambar yang aku tangkap sebagai kenangan terindah KAMIL 2012 .







First pic :)

I will always beside you :)

Kami mahu menang

Musammarah+Marhaban:Meletup 




Kenangan Terindah
Sebelum Persembahan


Selepas persembahan :)

Ku petik bintang bintang :)

Perlu ke tayang air tembikai ?

Ehem ehem 

Buat yang terbaik tahun hadapan :)


Hamsata Asyara :)

Musammarah boyz :)

p/s : Sejujurnya aku sangat bahagia mendapat tempat ke dua . Aku sangat sukakan detik tu. Terima kasih :)

' Jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati, itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment