Followers

Friday

Kem Kepimpinan Rakan Muda

assalamualaikum dan salam 1malaysia .. first at all, aku nak ucap lot of thanks to my dearest friend , Nabihah Said sebab sanggup menghabiskan satu hari ini mencantikkan blog aku ... mesti die hard fan blog nie pelik kan semua dah berubah ? hehe ... okey okey okey .. hari ini aku nak cerita pasal satu kem yang telah aku pergi ... KEM KEPIMPINAN ORGANISASI KELAB DAN PERSATUAN DAERAH KLANG di Rakan Muda Sementa ... dari 14 hingga 16 Novomber 2011... okey! secara jujurnya , aku cuak nak pergi kem tu ... sebab ?? entah ... takder sebab lah .. 1st day aku sampai kat kem, aku pergi naik kereta Puan Rosnah ... sesampai kat sana, kitorang pon daftar..  yang pergi: Aku,Ahmad,Arul,Nadia,Fathia,Fatin dan Fadzillah mewakili SAMSHSB ... masa mendaftar kitorang pon check bilik .. tengok bilik semua asing asing ... aku, ahmad dan arul semua dah takut ... aku dapat bilik PKB4 ...  ahmad PKB5 .. arul SMP12.. jauh gila dengan kitorang ... okey ! aku nak cerita satu demi satu slot yang diadakan ...

Petang 14/11 :  ada pembahagian kumpulan .. aku dapat kumplan 8 dengan ahmad*syukur kepada tuhan.. ahli lain , Ikmal , Ammar, Faiez ,Wan,Lee , Hasan , Muhaimin,Anas...arul dapat kumpulan 7 ... lepas asar kitorang main Kapal Karam ..  boleh lah ! 



Malam 14/11 : ada slot minit mesyuarat dan buat kertas kerja ... memang syok .. dapat tahu buat kertas kerja yang terbetul , terpintar dan terbaru ... aku kan selalu jadi S/U ... memang aku fokus habis ...lepas tu , tidur... 


Subuh 15/11 : aku sangat ngantuk pagi tu ...  dah masuk lambat dalam surau .. tetiba bila dah azan , cikgu tu tanya sama aku , " Kamu boleh jadi imam ?" .. koot aku cakap tak boleh .. aku pun angguk lah ... rakaat pertama berjalan AGAK lancar ... rakaat kedua ada satu tragedi lawak ... haha ... nak tau ? mana leh ! 


Pagi 15/11: ada senamrobik .. sumpah best ! i like senamrobik ... lepas tu ada slot yang paling membosankan , SLOT KEWANGAN*sory ... aku tertidur masa slot nie .. ada siap yang berbaring terlingkup dengar ceramah .. lepas tu ada slot pelancongan ... ini pun boleh tahan  lah ! dia bagi kita guide macam mana nak "keluar" dari sekolah kita ... lepas tu , ada pembahagian persembahan mengikut kumpulan ..kumpulan aku dapat "SENAMROBIK" ... kitorang pon berlatih .. malangnya kitorang hanya dapat menghabiskan separuh lagu je ... itu pon kira untunglah ... 


Tengahari sehingga Petang 15/11: Tengahari ada Sukaneka .. ada 3 permainan : 1) Kayu*tak ingat  kumpulan aku dapat no 3      2 )Boling ... kumpulan aku baling 26 kali ... yang jatuh 8 jer....sumpah malu .. hihii
 3)Sotong ... nie lagi smart .. kalah teruk .. kurang asam jawa betul... semua budak lelaki kenakan kumpulan aku ... eeehhh =( geram sungguh walaupun aku tak main ..


Aku ada cerita .. Selepas asar , ustaz suruh seseorang bagi tazkirah .... aku dengan rela hatinya pergi lah ... aku cakap lah .. aku pelik! apsal mendapat sambutan gila atau aku yang syok sendiri je .. aku bercakap tentang PEMIMPIN YANG TIDAK BAIK ... aku cakap je lah sesuka hati aku ... tapi ada lah beberapa orang nie yang memang TAK BERFIKIRAN TERBUKA cakap aku menyeleweng , cakap aku lari tajuk lah ...lepas tu ,ada kawan sekumpulan aku nie cakap ramai yang tak puas hati ? DO I CARE ? 


DEAR HATERS, kalau korang tak puas hati sangat , cuba cakap lah kat depan.. nie kutuk belakang ! sebaik tak payah..korang ingat aku hadap sangat ke nak fikirkan korang ? aku datang situ mak cari pengalaman denngan menimba ilmu pengetahuan ... 


Petang 15/11 : Ada Ikhtiar Hidup .. best lah jugak .. masak kentang, telur dalam tanah , roti gulung .. aku fikirkan bagaimana cara kalau aku nak teruskan hidup kalau tersesat dalam hutan ?


MALAM 15/11 : Malam Bakat .. memang best! Syok ! Meriah ! Persembahan gempak ! malam yang berakhir dengan sempurna .. aku sangat gembira dengan persembahan senamrobik kumpulan aku ... Cik Sashi kata tu senamrobik yang paling best dia pernah tengok.. hehe


PAGI 15/11 : Senamrobik .. Slot Motivasi.. Majlis Penutup ... walaupun kumpulan 8 tak menang apa apa pun , aku tetap gembira sebab aku dapat sempurnakan kem ini dengan jayanya.. tahniah kepada semua pemenang ... aku jeles tengok korang makan hamper ! sorang amoi je yang baik bagi aku junkfood .. thanks ya amoi =)


apa yang best kat kem nie ?


 * dapat ramai kawan baru dari pelbagai kaum
 * dapat berjumpa dengan orang yang istimewa
  * dapat menimba pengalaman
  * dapat banyak ilmu macam mana nak conduct kelab dan 
      persatuan
 * Fasilitator dan Kem Komandan baik =) suka Cik Sashi

apa yang tak best pasal kem ini?


   * terdedah kepada pergaulan bebas
    * jumpa orang **** yang berfikiran l*****
    * apa yang suruh bawa tak guna pon contoh :pinggan


tapi secara kesuluruhannya kem nie memang superb , awesome dan gempak ! harap buat tengah tengah tahun .. boleh ikut sekali lagi ! balik balik dah ada group .. so sesiapa yang pergi group nie boleh usha usha group nie okey !


                                Group untuk Peserta Kem


Gambar gambar yang sempat dicekau daripada hp aku ataupun fb peserta lain !









Lagu Tema




Okey .. aku harap u guys happy dengan entri nie ... semoga ukhuwah kita berkekalan selama lamanya ! inshaalah fil jannah ! Jangan lupa kenangan kita kat sana .. see ur next time!






' Jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati, itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment