Followers

Saturday

alone :(



Assalamualaikum dan salam 1blogger. Hola bonita followers,readers,stalkers and HATERS! Ermm lama jugak lah rasanya jari neyh tak menekan keypad laptop.Rasanya dah nak bersarang tekukur jugak lahh blog aku neyh.hikhik. hmmm straight to the point.  ALONE . Tue lah yang aku rasa sekarang. ermm tak sangka dah sebulan lebih aku dah jadi warga  STPM SAMTiSH. memang banyak perbezaan dengan Sg.Bert tapi aku taknak cerita benda tue kat korang untuk entri kali neyh. aku nak cerita pasal perasaan aku sekarang neyh. Serious talk KAWAN KAWAN kat STPM memang best! Tak tipu. sporting,gila gila,happy go luck lucky semua lahh. Cikgu cikgu kat sana pon memang sempoi habis. Ermm apa yang aku nak cerita sekarang neyh takder kena mengena pon dengan diorang. Just mukadimah jer.

Oklah.Sebelum aku start kepada tittle aku nak cerita kat korang sebuah kisah. Satu hari pada tahun 2012 aku borak dengan seorang junir aku neyh.Dia cerita lahh about someone neyh "Abang nak tahu tak? Si dia neyh ramai kawan,nampak gembira tak pernah marah/sedih tapi sebenarnya dia sangat sunyi.Semua kawan baik dia dah pergi meninggalkan dia" ermm macam neyh lah aku rasa sekarang. Aku ramai kawan,tak pernah marah2 or sedih sedih tapi aku sangat sunyi. Semua kawan yang sangat penting dalam hidup aku dah pergi jauh. Dulu,kalau aku ada masalah aku boleh terus cerita kat diorang tapi SEKARANG? Bukan taknak cerita tapi aku tak mempunyai kekuatan untuk bercerita dengan orang2 yang aku baru kenal walaupun dah rapat. They don't know me at all. kalau dulu aku boleh bercerita masalah aku dengan kawan kawan aku and tetibe kalau aku menangis ker marah ker diorang faham aku. 

Memang susah untuk menghadapi semua benda neyh. Kekadang senyum terpaksa,gelak terpaksa. Semuanya terpaksa. Aku tahu benda neyh aku kena hadapi dengan sendiri. Aku kena kuat dan tabah untuk hadapi benda neyh dan tidak menjadikan benda neyh sebagai penghalang kejayaan aku dalam STPM. Aku takut sangat! Dulu aku ada kawan kawan yang selalu mendorong aku untuk belajar bersungguh-sungguh,yang mampu membuat aku ketawa ketika aku sedih.Sekarang terlalu banyak benda yang berlaku kat aku sampai aku sampai aku rasa dah tak larat nak belajar dah. Nak baca buku pon kekadang takder mood. Sekarang aku pon dah tak duduk asrama. So banyak benda berubah. cara pembelajaran,pengurusan masa. Walaupun aku dah terbiasa dengan benda tue TAPI aku still masih lagi mencari rentak untuk membiasakan diri.


Sesungguhnya aku sangat rindu dengan kawan kawan aku kat Sg.Bertih. Terlalu ramai yang nak disebut. tak der apa yang dapat diungkapkan untuk menyatakan perasaan aku sekarang neyh. aku rasa korang jer yang tahu koot. aku rindu nak gelak dengan korang semua,aku rindu nak kacau korang dalam kelas,rindu nak makan sama sama dalam DM,rindu nak borak borak dengan korang sampai pagi,rindu korang usik aku.Aku rindu dengan semuanya. Mungkin jiwa aku tengah galau koot sekarang neyh.sebab tue aku terlalu emotional macam neyh. Hmm. 

and antara yang menyebabkan hati aku galau sangat sekarang neyh disebabkan bapak aku aka Ustaz Marzuki Manan dah pindah sekolah. Hmm sedih gila lahh!  Bila aku dapat tau daripada Ilman pagi tadi aku dah sebak.Bila aku bukak FB ustaznya,ermm betul lahh. Kat sini,saya nak ucapkan selamat berjaya kepada Ustaz di tempat baru,sekolah baru. Hikhik. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz kerana telah ikhlas dan sudi mengajar saya Bahasa Arab selama 2 tahun sampailah dapat B+ dalam SPM.Terima kasih ustaz sebab sabar melayan kerenah kami sekelas tahun lepas .hehe. Semoga ustaz gembira di tempat baru sebagaimana ustaz gembira di Sg.Bert. Saya jugak nak mintak maaf kalau ada buat kesalahan dan kesilapan sepanjang diri saya mengenali ustaz dan sepanjang saya menjadi ketua kelas ustaz tahun lepas. Hikhik. Doakanlah kejayaan saya dan kawan kawan saya di dunia dan AKHIRAT.



Dah banyak kali aku update blog aku neyh,air mata aku meleleh. ermm sabarlah Khaider. Everything is gonna be alright.Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi dan aku pasti aku akan nampak dan rasa hikmahnya dalam hati aku suatu hari kelak. And sekarang neyh baru aku perasan kegunaan blog aku neyh. Di sinilah tempat aku meluahkan rasa,perasan dan masalah aku. Dulu masa zama baru berjinak dengan blog selalu nak kejar followers jer. Tapi sekarang aku dah tak kisah. kalau ada yang suka cara aku menulis blog and jadikan iktibar/pengajaran,alhamdulillah. Tapi bila korang tak suka dengan handmade aku,sorry lah.Aku tak boleh buat apa apa lahh kann. 



ok.that's all for this entry. aku nak mintak maaf awal awal kalau ada sesiapa yang terasa dengan entri aku kali neyh. Kalau ada yang tak puas hati,boleh lah DM aku kat Twitter or IM kat FB okey supaya aku boleh perbaiki mana yang silap dan salah dekat entri aku kali neyh. and sebelum aku lupa aku nak share beberapa lagu yang membuatkan aku sangat gembira sekarang neyh. Hikhik.










okie dokkie. macam banyak sangat jer lagu yang aku bagi. eh suka hati aku lahh. blog aku kann? hahaha. dengar lahh semua lagu neyh. Seriously daebak!

#notakaki:The beauty of life is not knowing for sure what might come next, but having faith that there will be a better day


#janganlupatinggalkankomenanda
#jikalaubaikhatilikelahentrineyh.



' Jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati, itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu.

1 comment:

  1. Kawan baik walaupun jauh di mata tetap di hati!Khaiderrrrr bila nak belanja makan ni?hahahah :P

    ReplyDelete