Followers

Wednesday

hari sukan sekolah secara langsung dari padang sultan suleiman !!

assalamualaikum dan salam 1malaysia kepada semua pembaca,pengikut setia dan pengunjung ! pada 19 haribulan Jun 2011,bersamaan hari ahad,pelajar pelajar SAM SULTAN HISAMUDDIN SG BERTIH telah berkumpul di Padang Sultan Suleiman untuk menjayakan Hari Sukan Sekolah .. pada hari tersebut ,aku jadi SUKARELAWAN ! haha .. tak masuk apa apa lah katakan !! hari itu berlangsung dengan gilang gemilang .. best sioott ... hari tu ramai yang sakit ...so,aku sebagai sukarelawan yang penuh berperikemanusiaan pon sibuk gila... ada yang terseliuh tangan , ada yang tercabut kasut,ada yang kebas kaki dan ada yang terkurang garam lah .. semua aku tolong!macam macam ragam ! masa kes orang terkurang garam  nie lah aku rasa sangat bangga+terharu dengan guru guru aku ! rasional ? sebab ada cikgu sanggup beli air 100 plus untuk budak tu .. ada cikgu yang bawa air nescafe panas .. aku bersyukur dapat cikgu yang baik hati macam tu.. pada hari tersebut,banyak acara dipertandingkan .. antaranya , 100m,200m,400m,4x100,lompat jauh  lontar peluru dan tarik tali bagi lelaki.. bagi perempuan pulak,pertandingan perbarisan dan menghias khemah je sebab diorang dah bertanding dari hari Isnin hingga Khamis sebelumnya kat padang belakang sekolah .. hehe .. banyak lah jugak kedai kedai yang jual makanan .. sekurang kurangnya tak lah lapar perut aku ! hari tu ada orang tu baik hati belanja ! terima kasih amal dan pqa ! seorang bagi 5 ringgit ! di kesempatan ini jugak aku nak mintak maaf kepada Syafrina kerana telah merosakkan kipas SHINEE yang dikatakan asli dari korea .. katanya ... lepas tu , aku dapat satu pengalaman yang menarik seumur hidup aku .. first time guna dslr .. terima kasih mawaddah ... memang daebak lah ! ok .. nie antara gambar gambar yang aku curi daripada fb syasya syazana dan pqa shahruddin .. sori..


rumah juara ! hamzah !

puteri ain affini ! dari rumah hamzah !

rumah hampir menang ! khalid !

gambar tidak kesampaian ! hehe !

sukarelawan sedia berkhidmat !

ahli pbsm yang tegap,ayob dan ustazah solehah !

uzair selepas kemenangan rumah usamah dalam tarik tali !

pemenang perarakan ! rumah hanzalah !

amal cikgu aimi dan pqa

kucing dari usamah dan pahlawan dari rumah hanzalah !

ydp pibg pon main tarik tali ! kelas gitu !

antara ahli rumah usamah dalam tarik tali !

the cat girls ! usamah !

mawaddah , fahira dan ina 

tarik , tarik dan tarik !

setahu aku .. ini gambar pertama aku guna dslr



haha ..tahniah kepada semua pemenang tidak kira lelaki atau perempuan ! tahniah lagi sekali kepada kontijen rumah Hamzah termasuk aku kerana telah berjaya menjadi johan dalam sukan sekolah 2011 . tahniah juga kepada kontijen perarakan rumah Hanzalah kerana berjaya menjadi Johan Perarakan ! tak dilupakan kepada Olahragawan dan Olahragawati Sekolah, Azwan dan Bella kerana berjaya mendapat gelaran tu .. aku tertanya tanya bila lah aku dapat meras pegang piala olahragawan tu*it's only a dream* .. haha .. ok .. terima kasih kepada cikgu cikgu,quarter quarter master dan sukarelawan yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan sukan sekolah tahun 2011 .. ustaz izwan , tahun depan buat kat Stadium Bukit Jalil pulak ! hehe ..




                               ~ THE END ~
                                                     KHAIRI97












' Jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati, itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment